2013年5月28日星期二

Sejarah Sekolah


Sekolah
ini ditubuhkan pada tahun 1909. Pentas Tokong Cina  ‘Da Bo Gong’ yang bertempat di belakang Balai Polis Air Itam itu dijadikan tapak sekolah buat ketika itu. Sekolah ini hanya terdapat lebih kurang 10 orang pelajar dan keadaan seperti begitu berlanjutan selama berpuluh tahun tanpa sebarang kemajuan. Pada tahun 1935, tokong itu hangus dijilat api dalam suatu kebakaran yang dahsyat di pekan Air Itam. Sekolah ini terpaksa dipindah ke tepi Kek Lok Si dan sebuah rumah lama di situ dibeli untuk dijadikan bangunan sekolah buat pertama kali. Dua tahun kemudian, sekolah ini terpaksa ditutup pula kerana Pemerintahan Askar Jepun.
Selepas perang dunia kedua, komuniti penduduk Cina di Air Itam diketuai pengasas sekolah ini Encik Ong Choo Paik dan Encik Cheah Chuan Kit munubuh semula sekolah ini. Encik Chang Tong Yuan dilantik semula menjadi guru besar, sementara itu Encik Ong Choo Paik dilantik sebagai Pengerusi Jemaah Pengurus Sekolah. Penduduk pekan Air Itam kian bertambah, bilangan murid pun turut meningkat lebih kurang seratus orang. Sekolah ini menerima bantuan daripada pihak kerajaan pada tahun 1947. Memandangkan bilangan murid bertambah dengan pesat, suatu jawatankuasa pembangunan sekolah telah ditubuhkan di bawah pimpinan Encik Khoo Soo Jin. Pada ketika itu, tapak sekolah sekarang, iaitu sebidang tanah di persimpangan Jalan Air Itam dan Jalan  Keretapi Bukit Bendera dibeli untuk membina enam buah bilik darjah, sebuah dewan dan sebuah kantin. Rancangan tersebut siap sedia pada tahun 1950.
Pada tahun 1953, sekolah ini menyertai Skim Bantuan Elaun Gaji Kerajaan. Projek pembangunan dijalankan berterusan, sebuah bangunan perpustakaan dan sederet bangunan dua tingkat yang meliputi 6 buah bilik darjah ditambahkan dalam tahun 1954 untuk menampung bilangan murid yang kian bertambah.
Pada tahun 1963, Kementerian Pelajaran meluluskan supaya sekolah ini masuk ke Kategori Gred ‘A’. Pada tahun 1975 bilik darjah sekali lagi tidak dapat menampung bilangan murid sekolah ini. Oleh yang demikian, pihak Jemaah Pengurus, Pihak Amanah Sekolah serta PIBG pun bekerjasama untuk mengutip tabung pembangunan sekolah. Mereka berjaya membina semula bilik darjah lama di depan sekolah itu supaya menjadi sederet bangunan dua tingkat yang meliputi 16 buah bilik darjah dan sebuah dewan dua tingkat.

没有评论:

发表评论