2013年5月28日星期二

Hubungi Kami

Hubungi Kami

PBC1060
Alamat: SJK(C) Kong Min Pusat, 39-A, Jalan Air Itam, 11500 Air Itam, Pulau Pinang.
Telefon: 604-8283253
Fax: 604-8297023
Website: http://sjkckongminpusat.edu.my/

Pencapaian Sekolah




Carta Organisasi Sekolah


Lagu Sekolah

Lagu Sekolah

槟城公民学校 校歌

鹤山苍苍                 秀灵气毓读书堂

勤修学业                 养成公民蔚国光

仁爱勤朴                 处世良方

愿吾同学                 永远毋相忘

自小成集大成          桃李满庭芳

仁爱勤朴                 处世良方

愿吾同学                 永远毋相忘

自小成集大成          桃李满庭芳

Cogan Kata Sekolah

Bendera Sekolah



Saiz bendera sekolah adalah seperti berikut : Panjangnya 1.9 meter dan lebarnya 0.9 meter. Lencana sekolah terletak ditengah bendera. Makna mengenai ketiga-tiga warna dan loceng sekolah telah diterangkan dalam mukasuratlencana sekolah.

Warna latar belakang bendera sekolah ialah biru menunjukkan kefahaman dan keharmonian yang sedia ada antara murid-murid dan guru-guru semasa mereka bekerja bersama-sama.Di kiri bendera nama sekolah dalam perkataan Cina di posisi lurus memberitahu bahawa pihak sekolah sering menunaikan prinsip-prinsip tertentu. Perkataan nama sekolah ditulis dalam huruf besar di bawah lencana sekolah supaya mudah dilihat apabila bendera sekolah berkibar di udara.

Lencana Sekolah

Lencana sekolah mengandungi tiga warna : merah, biru dan kuning.

Warna merah  : ketabahan mengatasi masalah.

Warna biru      : melahirkan suatu atmosfera belajar yang menenangkan fikiran murid-murid.

Warna kuning : mencerahkan masa hadapan murid-murid.

Ditengah lencana terdiri sebuah loceng tembaga besar mewartakan kestabilan dan kemaraan prestasi performasi kerja sekolah. Loceng itu juga mengeluarkan bunyi ilmu pengetahuan kepada murid-murid.

Piagam Sekolah

Piagam Sekolah

PIAGAM SJK(C) KONG MIN PUSAT


Kami berjanji akan memberi pembelajaran dan pendidikan yang sempurna lagi berkesan kepada murid-murid kami tanpa mengira kaum dan latar belakang supaya akan menjadi warganegara yang berguna untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 melalui cara-cara yang berikut:-


  • Sentiasa mewujudkan suasana kondusif untuk pembelajaran murid-murid.

  • Sentiasa mewujudkan suasana riang dan gembira untuk menggalakkan murid-murid mencintai sekolah mereka.

  • Sentiasa menganggap setiap murid sebagai anak sendiri.

  • Sentiasa mengelakkan tindakan ketidakadilan dalam sebarang urusan berkaitan dengan murid-murid.

  • Sentiasa mementingkan darjat pengajaran dan pembelajaran yang bermutu untuk memperolehi keputusan yang cemerlang.

  • Sentiasa menegaskan kebersihan diri sendiri dan kawasan persekitaran.

  • Sentiasa menjaga imej sekolah dan negara.

Sejarah Sekolah


Sekolah
ini ditubuhkan pada tahun 1909. Pentas Tokong Cina  ‘Da Bo Gong’ yang bertempat di belakang Balai Polis Air Itam itu dijadikan tapak sekolah buat ketika itu. Sekolah ini hanya terdapat lebih kurang 10 orang pelajar dan keadaan seperti begitu berlanjutan selama berpuluh tahun tanpa sebarang kemajuan. Pada tahun 1935, tokong itu hangus dijilat api dalam suatu kebakaran yang dahsyat di pekan Air Itam. Sekolah ini terpaksa dipindah ke tepi Kek Lok Si dan sebuah rumah lama di situ dibeli untuk dijadikan bangunan sekolah buat pertama kali. Dua tahun kemudian, sekolah ini terpaksa ditutup pula kerana Pemerintahan Askar Jepun.
Selepas perang dunia kedua, komuniti penduduk Cina di Air Itam diketuai pengasas sekolah ini Encik Ong Choo Paik dan Encik Cheah Chuan Kit munubuh semula sekolah ini. Encik Chang Tong Yuan dilantik semula menjadi guru besar, sementara itu Encik Ong Choo Paik dilantik sebagai Pengerusi Jemaah Pengurus Sekolah. Penduduk pekan Air Itam kian bertambah, bilangan murid pun turut meningkat lebih kurang seratus orang. Sekolah ini menerima bantuan daripada pihak kerajaan pada tahun 1947. Memandangkan bilangan murid bertambah dengan pesat, suatu jawatankuasa pembangunan sekolah telah ditubuhkan di bawah pimpinan Encik Khoo Soo Jin. Pada ketika itu, tapak sekolah sekarang, iaitu sebidang tanah di persimpangan Jalan Air Itam dan Jalan  Keretapi Bukit Bendera dibeli untuk membina enam buah bilik darjah, sebuah dewan dan sebuah kantin. Rancangan tersebut siap sedia pada tahun 1950.
Pada tahun 1953, sekolah ini menyertai Skim Bantuan Elaun Gaji Kerajaan. Projek pembangunan dijalankan berterusan, sebuah bangunan perpustakaan dan sederet bangunan dua tingkat yang meliputi 6 buah bilik darjah ditambahkan dalam tahun 1954 untuk menampung bilangan murid yang kian bertambah.
Pada tahun 1963, Kementerian Pelajaran meluluskan supaya sekolah ini masuk ke Kategori Gred ‘A’. Pada tahun 1975 bilik darjah sekali lagi tidak dapat menampung bilangan murid sekolah ini. Oleh yang demikian, pihak Jemaah Pengurus, Pihak Amanah Sekolah serta PIBG pun bekerjasama untuk mengutip tabung pembangunan sekolah. Mereka berjaya membina semula bilik darjah lama di depan sekolah itu supaya menjadi sederet bangunan dua tingkat yang meliputi 16 buah bilik darjah dan sebuah dewan dua tingkat.

MISI SEKOLAH

Misi Sekolah

  • Mewujudkan suasana kondusif dan selesa untuk pembelajaran murid- murid di sekolah.
  • Mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran untuk memperoleh keputusan akademik yang cemerlang.
  • Mempertingkatkan prestasi murid-murid dalam bidang kokurikulum menjelang 2014 di Zon Air Itam ke tahap yang paling cemerlang.
  • Melahirkan murid-murid yang berdisiplin, bersopan santun dan bermoral tinggi.

VISI SEKOLAH

Visi Sekolah

SJK(C) Kong Min Pusat menjadi sekolah cemerlang menjelang tahun 2014 dan melahirkan murid-murid yang cemerlang dan seimbang dari segi Rohani, Emosi, Intelek dan Jasmani sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.